Sunday, October 26, 2014

#Diary 1 [Rasaku]

Written by CT di 3:23 PM 0 Beautiful star
Assalamualaikum...


Masih ingat tuan tanah lagi tak? Sempena Maal Hijrah ni aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada kalian semua yang beragama Islam. Mesti dah ada yang setkan azam tahun baru ni, kan? Aku? Dalam banyak-banyak list yang lepas tu, Alhamdulillah. Ada satulah yang dapat direalisasikan tahun sebelum ni. Tu pun aku dah bersyukur.

Mesti korang terkejut kan, baru sekarang aku muncul. (Aku rasa korang tak pun tunggu-tunggu kan?) Penyebabnya aku sentiasa tak ada mood nak postkan sesuatu pada blog ni. Entah tetiba aku rajinkan juga jari ni untuk menaip pada blog hari ini. Sesuatu yang aku sendiri merasakan pelik. Tapi tak apa. Dah aku smemangnya Weirdo yang tak dapat dijangka. Itu aku mengaku.

Luahan rasa. 

(Aku rasa korang takkan baca apatah lagi berabad lama aku tak meluahkan sesuatu melalui abjad dan perkataan. aku tak kisah kalau korang tak nak baca. Luahan je pun. Jadi halakan cursor anda pada pangkah diatas. Terima kasih kerana datang. )

       Sejak seminggu yang lalu aku rasa down sangat. (╥﹏╥) Semuanya serba tak kena lah. Aku fikir mungkin sebab dosa aku yang bertimbun yang buat macam tu. Aku jadi pemarah, tak sabar, tak dengar kata dan macam-macamlah yang seantara dengannya. Aku rasa aku tersangat jahat dan nakal. Apatah lagi tekanan dari keadaan sekeliling menambahkan lagi sifat mazmumah dalam diri aku.

     
        Memangkan Allah saja nak uji kita dengan berbagai-bagai ujian supaya kita kuat. Tetapi kadang-kadang aku rasa aku tidak, bila diuji sedikit sudah jatuh terjelepok. Lemah betul aku. Aku cuba untuk tangkis segala desakan pemikiran negatif yang bersarang ni, ternyata aku kadang-kadang boleh dan tak boleh. Typical reason for human!

       Kadang-kadang tu aku akan menyesal selepas aku dah buat sesuatu yang salah. Tetapi disebabkan ego yang meninggi, aku benamkan dan tidak pedulikan juga perasaan menyesal dan bersalah yang berada dalam hati. Jahatkan aku? Aku juga sakitkan hati orang disekeliling aku. Apa salah diorang pada aku pun tak pasti samaada aku atau mereka yang bersalah.

       Tetapi disebabkan aku dah tak ada siapa-siapa yang paling dekat kecuali keluarga aku untuk aku luahkan. Caranya aku menyakitkan hati seseorang yang paling dekat dengan aku. Itu saja cara luahan atau kerjaku. Mencipta masalah bagi mereka yang terdekat buatku. Aku kira dialah kembarku yang tak seiras dan berlainan usia. Tapi aku tak tahulah samada dia anggap aku macam tu atau tak. Sebab dia jenis perahsia dan apabila ditanya barulah dia beritahu.

       Aku manusia, selalu buat dosa. Dan aku pun menyesal. Tetapi aku perlukan sokongan dari mereka yang dekat dengan kita. Tapi kenapa aku yang harus bertanya, apa, mengapa dan bagaimana masalah mereka. Satu sikap yang aku tak boleh larikan, aku terlalu perihatin pada mereka. Jujur aku katakan aku benci itu. Apabila aku terlalu perihatin selepas itu aku yang rasa sakitnya dan akhirnya aku menyesal. Selepas itu aku buat lagi. Memang tersangat teruk perasaan tu. Memang aku bersalah, tapi percayalah aku buat sesuatu kesalahan tu, adalah sebabnya. Aku nak mereka cari seperti mana aku mencari untuk mereka. Itu saja. Seperti mana aku boleh buat, mereka juga pasti boleh.

      Mungkin ada hikmah atas sepanjang apa yang berlaku dalam hidupku.Tapi satu je perkara yang sedari dulu membuatkan aku teguh setelah ditimpa badai. Aku percaya Allah tidak akan membiarkan hambanya berseorangan bahkan Dia sentiasa bersama kita walaupun kita selalu melupakan Dia. Dia sentiasa mendengar keluhan dan rintihan hati kita. Baik kan Tuhan kita?

      Okaylah! Time to go. Akhir kata, mungkin aku tak perasan perkara yang menyinggung kalian, dengan ini aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada yang terasa atau sakit hati dengan aku. ╯.╰ Aku manusia biasa yang banyak dosa. Segala perilaku ku tak semuanya dapatku perhatikan(koreksikan) sentiasa.

Sekian. Assalamualaikum.. jaa ne!
 

cheritera si tOra © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor